Friday, September 4, 2015

Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan Meninggal Dunia




TUMPAT, 4 Sept -- Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ariffin Said meninggal dunia akibat kanser pankreas tahap empat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini pukul 3.45 pagi Jumaat.

Beliau berusia 76 tahun.

Menantunya, Mohd Zamri Hassan, 53, berkata Allahyarham dimasukkan ke hospital itu kira-kira dua minggu lalu selepas mengadu sakit perut.

Beliau berkata Allahyarham hanya dikesan menghidap kanser berkenaan apabila mendapatkan rawatan di hospital itu kerana sakit perut kira-kira dua minggu selepas Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.


"Bagaimanapun, kira-kira dua minggu lepas, Allahyarham kembali mengadu sakit perut dan anggota keluarga bawa beliau ke hospital sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir pagi tadi," katanya ketika ditemui di kediaman Allahyarham di Kampung Wakaf Baharu di sini.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Yong Arisa Abdullah, 54, dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.

Solat jenazah diadakan di Masjid al-Ismaili, Wakaf Baharu di sini selepas solat Jumaat dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lata.

Anak kelahiran Kampung Dewan Beta, Kota Baharu, itu menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan selama empat tahun dari 6 Mei 1982 hingga 11 Ogos 1986 selepas menang Pilihan Raya Umum ke-6 pada 1982 sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional bagi Manek Urai.

Walaupun memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Paloh pada Pilihan Raya ke-7, beliau tidak dilantik semula sebagai Timbalan Menteri Besar apabila BN dan PAS bergabung menubuhkan kerajaan Kelantan.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) pada 1988, Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang pada 1991 dan Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) pada 1991.

Related Posts:

  • Its from Rafidah, but it makes senseSenior Umno politician Tan Sri Rafidah Aziz has voiced concerns that the current generation of rebellious and outspoken young Malaysians will be a stumbling block to the country’s aim of becoming a developed nation under Tun … Read More
  • Kuasa tidak bermakna tanpa kawalanBaron Acton yang lebih di kenali sebagai Lord Acton, Professor Sejarah Moden di Universiti Cambridge pernah berkata, "Power tends to corrupt, and absolutely power corrupts absolutely..." ("Kuasa itu memabukkan, dan kuasa mutl… Read More
  • Pengumuman tanpa keputusan muktamad.KOPITIAM TALK14 Jun 2010 Jika setiap kali sesuatu perancangan atau projek baru kerajaan diumumkan dan kemudiannya di batalkan maka ini akan menampakkan kerajaan telah membuat sesuatu keputusan tanpa pertimbangan yang semasak… Read More
  • Orang Indonesia diberikan layanan istimewa.Akhir- akhir ini sering kali telah ditimbulkan bahawa kerajaan lebih memudahkan kepada orang Indonesia untuk mendapatkan dokumen bagi menetap di Malaysia sedangkan orang Malaysia sendiri ( kaum Cina) menghadapi banyak masalah… Read More
  • Petronas mahu malukan Najib.KOPITIAM TALK - 7 Jun 2010Tidak salah untuk Petronas mempromosikan iklan berbagai bahasa Primax 95 menerusi televisyen tetapi yang salahnya ialah menggunakannya waktu berita nasional Buletin Utama TV jam 8 malam.Iklan itu ya… Read More

0 comments:

Post a Comment