Pendekatan Pas untuk menegakan negara Islam akan menjauhkan bukan Islam darinya dan perkahwinan antara Pas dan DAP sekarang ini adalah lebih liberal dari perkahwinan UMNO dengan lain lain parti komponennya .Perkahwinan Pas dengan DAP adalah ibarat orang Islam berkahwin dengan orang Kristian atau lain-lain agama yang berlaku dengan bebas di Indonesia.Jika ini sanggup dilakukan oleh Pas tanpa batasan yang jelas seperti UMNO ,MCA dan MIC yang dari mulanya membataskan kerjasama berasaskan undang undang mengenai hak masing masing maka Pas akan lebih liberal lagi sekalipun Tok Gurunya menampakan sikap taksub,fanatik,kolot dan dogmatik.
KOPITIAM TALK
12 Julai 2010
Tidaklah sewajarnya perhatian diberikan oleh orang di luar Pas terutamanya UMNO dan juga akhbar akhbar Melayu terhadap penolakan Karpal Singh Penasihat DAP terhadap konsep negara Islam Pas yang merupakan ulangan pendiriannya sejak 1980an lagi.
Pendirian Karpal itu tidak sahaja merupakan pendirian DAP tetapi juga pendirian Perlembagaan Negara Malaysia yang mencatitkan Islam sebagai agama rasmi negara dan bukan Malaysia sebagai negara Islam yang memerlukan semua hukum hukum Islam di jalankan sepenohnya dan menolak sama sekali sekularisme
Karpal bercakap dengan bersandarkan perlembagan dan beliau tahu apabila Tun Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri mengistiharkan negara ini sebagai negara Islam, Malaysia bukanlah negara Islam sepenuhnya sebaliknya negara Islam sekular.
Bagaimanapun untuk menolak sama sekali Malaysia sebagai bukan negara Islam pun tidak wajar oleh kerana Malaysia tidak memisahkan amalan keagamaannya dari perlembagaan seperti negara negara sekular lainnya. Tidak ada negara sekular yang meluluskan udang undang mengenai pengurusan agama Islam menerusi pengesahan Parlimen.Hal ini hanya berlaku di Malaysia.
Pekara-pekara mengenai institusi Islam dan juga pengembangan Islam umpamanya penubuhan Universiti Islam, Tabung Haji dan sebagainya adalah dengan kelulusan Parlimen dan dengan sokongan bukan sahaja orang Islam tetapi juga bukan Islam.
Pendekatan Pas untuk menegakan negara Islam akan menjauhkan bukan Islam darinya dan perkahwinan antara Pas dan DAP sekarang ini adalah lebih liberal dari perkahwinan UMNO dengan lain lain parti komponennya .Perkahwinan Pas dengan DAP adalah ibarat orang Islam berkahwin dengan orang Kristian atau lain-lain agama yang berlaku dengan bebas di Indonesia.
Jika ini sanggup dilakukan oleh Pas tanpa batasan yang jelas seperti UMNO ,MCA dan MIC yang dari mulanya membataskan kerjasama berasaskan undang undang mengenai hak masing masing maka Pas akan lebih liberal lagi sekalipun Tok Gurunya menampakan sikap taksub,fanatik,kolot dan dogmatik.
Kesanggupan menerima realiti politik telah pun ditunjukan oleh Pas umpamanya menerima skandal ADUN Wanita (PKR) Selangor sebagai hak individu dan juga kerajaan Selangor tidak dapat mencegah penjualan arak di Shah Alam oleh kedai bukan Islam.
Jika Pas berkuasa pun maka undang undang Islam sepenuhnya hanyalah akan dikenakan kepada orang Islam sahaja yang tentunya akan dibantah oleh orang Islam dan bukan Islam sebagai tidak adil. Karpal Singh memahami ini dan kerena itulah beliau terus menolak penubuhan negara Islam Pas kerana tidak mungkin akan dapat dilaksanakan di negara ini.
Tujuan utama Karpl Singh mengulangi penolakannya terhadap negara Islam Pas adalah untuk mengingatkan pengikut pengikutnya bahawa dalam keadaan apapun DAP tidak akan tunduk kepada Pas.
Kenyataan ini perlu di buat dari masa kemasa untuk mengekalkan sokongan bukan Melayu terhadap DAP yang semakin goyang sekarang kerana karenah Anwar Ibrahim dan tekanan Pas dan juga kerana masalah dalaman DAP sendiri.
UMNO pula mengambil kesempatan ini untuk menangguk di air keroh tetapi sebenarnya dengan berbuat demikian membantu memperkuatkan lagi imej Karpal dan memantapkan pengaruh DAP kepada pengikut pengikutnya. Ini amat diperlukan oleh DAP supaya tidak terlihat ia menjadi pak turut kepada PAS terutama sekali setelah Ketua Menteri Pulau Pinang menyokong judi bola diharamkan.
MUSHYI ABDULLAH
Monday, July 12, 2010
Kahwin Pas DAP ala Indonesia.
Related Posts:
Kahwin Pas DAP ala Indonesia.Pendekatan Pas untuk menegakan negara Islam akan menjauhkan bukan Islam darinya dan perkahwinan antara Pas dan DAP sekarang ini adalah lebih liberal dari perkahwinan UMNO dengan lain lain parti komponennya .Perkahwinan P… Read More
Its from Rafidah, but it makes senseSenior Umno politician Tan Sri Rafidah Aziz has voiced concerns that the current generation of rebellious and outspoken young Malaysians will be a stumbling block to the country’s aim of becoming a developed nation under Tun … Read More
Tangan ghaib mana menghalang operasi menyita oleh MBPJ?KUALA LUMPUR (Malaysiaaktif) – Ini bukan isu agama atau isu diskriminasi, tetapi mengenai prosedur dan undang-undang. Sejak timbul ura-ura semalam kononnya penguat kuasa Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) akan berkunju… Read More
UMNO sedang seronok sendiri di SelangorNampaknya BN negeri Selangor khususnya parti komponennya UMNO sedang seronok sendiri dengan perkembangan negatif yang sedang berlaku dalam PKR dan juga kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.Tindakan penyingkiran Menteri Besar Sela… Read More
UMNO VS PERKASA: A MATTER OF INTERPRETATIONFiery and unabashed, Ibrahim said he would not care what others thought of Perkasa so long as the organization did not stray from its objectives which were to champion and struggle for the Malays, Islam and country. “Until to… Read More
0 comments:
Post a Comment