Keinginan semua parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO, MIC dan juga MCA untuk menangguk di air keroh dalam isu isu yang boleh memenangi hati kaum masing masing tanpa memperdulikan imej asal dan perpaduan parti amat terserlah selepas tragedi Tsunami Politik 2008.Melihat keliaran yang tidak terkawal ini adalah sewajarnya bagi Presiden BN Datuk Seri Najib meminta supaya setiap pemimpin BN agar tidak membuat kenyataan yang menampakan pertelagahan sesama sendiri dan lebih baik diselesaikan secara tertutup.Bagaimanapun hanya beberapa hari sahaja selepas permintaan itu dibuat Presiden MCA Dr. Chua Sow Lek telah meminta supaya tidak ada parti dalam BN yang menunjukan ia lebih dominan. Sekali gus persepsi umum ialah UMNO.
KOPITIAM TALK
24 Jun 2010
Keinginan semua parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO, MIC dan juga MCA untuk menangguk di air keroh dalam isu isu yang boleh memenangi hati kaum masing masing tanpa memperdulikan imej asal dan perpaduan parti amat terserlah selepas tragedi Tsunami Politik 2008.
Melihat keliaran yang tidak terkawal ini adalah sewajarnya bagi Presiden BN Datuk Seri Najib meminta supaya setiap pemimpin BN agar tidak membuat kenyataan yang menampakan pertelagahan sesama sendiri dan lebih baik diselesaikan secara tertutup.
Bagaimanapun hanya beberapa hari sahaja selepas permintaan itu dibuat Presiden MCA Dr. Chua Sow Lek telah meminta supaya tidak ada parti dalam BN yang menunjukan ia lebih dominan. Sekali gus persepsi umum ialah UMNO.
Beliau tahu benar bahawa imej kedudukan UMNO sebagai parti dominan selari dengan sejarah dan perkembangan politik tanah air dan juga perlembagaan negara. Persepsi ini tidak mungkin akan dapat dihapuskan dengan sertamerta sekalipun tiap parti komponen mempunyai hasrat yang sama.
Mengenepikan imej dominan ini adalah menolak semangat perlembagaan tetapi bukanlah hasrat UMNO untuk menunjukan ia lebih dominan namun demikian penilaian perlembagaan adalah juga melibatkan penilaian terhadap UMNO yang memperjuangkan kedaulatan perlembagaan berdasarkan kepada penerimaan terhadap Raja Raja Melayu,Agama Islam dan Bahasa Melayu.
Semua ini telah tidak menjadi persoalan sejak ianya menjadi asas kepada kemerdekaan negara tetapi Tsunami Politik telah membuka pekong bahawa hal ini tidak menjadi nilai dan budaya bangsa.Malah Tsunami polirtik menampakan luka yang mendalam dan keparahannya.
Soal yang kita hadapi sekarang ialah bagaimana hendak menguruskan kecederaan ini. Adakah wajar bagi setiap parti BN memainkan isu mencari populariti atas sentimen perkauman mengikut jejak langkah parti parti pembangkang atau BN mesti berani untuk menampakan semangat toleransi antara sesama sendiri tanpa berganjak dari pendirian dan matlamat asal BN.
Hal ini amat sukar tetapi kesepakatan yang ikhlas dari setiap kepempimpinan parti dari bawah hingga keaatas berasaskan kepada persafahaman suasana politik baru negara adalah amat diperlukan untuk diuruskan dengan bijaksana. Turut mencari populariti atas isu isu sensitif yang dimainkan oleh parti parti pembangkang akan lebih memburukan hubungan antara komponen BN.
Tidak semua orang dapat memahami kepintaran dan kebijaksanaan Najib merawat keadaan ini menerusi 1Malaysia.Prasangka semua kaum menyelubungi gagasan ini.
Kenyataan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaluddin mempertahankan Ketua Pemuda MCA berhubung dengan kenyataannya meminta supaya biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam diteruskan kerana bukan Melayu tidak mempunyai biasiswa lain sedangkan Melayu mempunyai alternatif untuk mendapat biasiswa Mara adalah suatu sikap yang rasional yang menyumbang kearah memupuk imej BN.
Dengan itu sekurang kurangnya menampakan bahawa UMNO khususnya pemuda UMNO tidaklah bersifat perkauman sekalipun pernah dimomokan dengan penjulangan keris tetapi Pemuda UMNO senatiasa sedar tentang perlu adanya persafahaman dan toleransi dalam pekara pekara yang penting untuk pembangunan semula imej BN dan masa depan perpaduan rakyat.
Yang terpenting sekali ialah bagi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib mengambil langkah berani dan tegas untuk mengawal infomasi supaya semua orang BN terlihat bersuara dalam satu nada dan bukannya mencari persafahaman dengan membincangkan percanggahan secara terbuka terutama dalam isu isu yang melibatkan kaum masing masing.
MUSHYI ABDULLAH
Friday, June 25, 2010
Najib perlu senadakan suara BN
Related Posts:
Najib perlu senadakan suara BNKeinginan semua parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO, MIC dan juga MCA untuk menangguk di air keroh dalam isu isu yang boleh memenangi hati kaum masing masing tanpa memperdulikan imej asal dan perpaduan… Read More
0 comments:
Post a Comment