Friday, August 12, 2011

Tangan ghaib mana menghalang operasi menyita oleh MBPJ?

KUALA LUMPUR (Malaysiaaktif) – Ini bukan isu agama atau isu diskriminasi, tetapi mengenai prosedur dan undang-undang.

Sejak timbul ura-ura semalam kononnya penguat kuasa Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) akan berkunjung ke Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Seksyen 13, Petaling Jaya untuk menyitar premises berkenaan, agak ramai di kalangan blogger bertanya sama ada benar begitu atau apakah tindakan tersebut dilenyapkan ekoran campur tangan kerajaan negeri?


Ekoran ura-ura tersebut Malaysiaktif telah meninjau kawasan berkenaan beberapa jam dan mendapati tiada sebarang operasi dijalankan.

Berpandukan apa yang dinyatakan Timbalan Datuk Bandar MBPJ Puasa Md Taib, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan menyita premis DUMC. Beliau turut menafikan sebarang arahan daripada kerajaan negeri.

Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MBPJ, Puan Nurul Ain Abdul Rahman berkata berlaku salah guna permohonan yang diberikan oleh pihak pentadbiran apabila DUMC membina gereja dan bukannya Pusat Komuniti.

Taklimat awal mengenai tindakan sita kepada pasukan penguat kuasa telah diadakan pagi kelmarin .

Jika MBPJ telah pun bersedia untuk mengambil tindakan mengapa pula tiba-tiba ia lenyap begitu saja?

Sebelum ini Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim keterlanjuran apabila terus memohon maaf kepada pihak DUMC berikutan kunjungan pasukan penyiasatan JAIS dan polis ke satu majlis di situ walaupun siasatan masih belum disiapkan.


Justeru, apabila isu tersebut meledak, antara yang paling lantang mempertahankan DUMC, termasuk Ahli Parlimen Siputeh Teresa Kok.


Dalam pos blognya yang di ceduk daripada laporan wartawan Malaysian Insider Boo Su-Lynn, beliau antara lain mengecam MCA dengan dakwaaan kononnya MCA terus berdiam diri walaupun UMNO telah melakukan macam-macam ke atas masyarakat bukan Melayu.

0 comments:

Post a Comment