Friday, September 24, 2010

MAHUKAH KIT SIANG AMBIL AWANG SELAMAT BEKERJA DENGANNYA?

Hata mendakwa kononnya mereka mahu meletakan pasir dalam periuk nasi para per kerja Utusan Melayu. Sebenarnya Hata adalah seorang yang tidak tahu bekerja, dia menjadi masalah di mana-mana juga dia bekerja, telah diturunkan pangkat dari Ketua Biro di sebuah negeri dan ditarik balik ke Kuala Lumpur dan pernah menimbulkan berbagai masalah di tempat-tempat dia pernah bekerja.Manusia begini memang mahu menjadi ketua untuk menutup kelemahannya dan juga untuk menggunakan manusia lain bagi mengancam majikannya kerana tidak mempunyai kekuatan sendiri.


KOPITIAM TALK-
24 Sept 2010


Penasihat DAP Lim Kit Siang telah memberikan pujian kepada Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan(NUJ) yang baru dipilih Hata Wahari seorang wartawan Utusan Melayu kerana telah membuang najis di tempatnya bekerja. Kemenangannya adalah dengan sokongan wartawan-wartawan akhbar Cina.

Dalam blognya Kit Siang memuji Hata kerana berjuang untuk menegakkan profesionalisme kewartawanan dalam Utusan Melayu dengan bersungguh sungguh dan berani menyalahkan dasar barisan editor Utusan Malaysia sekarang.

Hata mendakwa kononnya mereka mahu meletakan pasir dalam periuk nasi para per kerja Utusan Melayu. Bagaimanakah dia bekerja dengan Utusan tetapi tidak tahu bahawa pasaran Utusan telah meningkat dan sekarang menjadi akhbar Melayu yang sudah mengatasi Berita Harian. Selain dari itu Kosmo yang juga kepunyaan Utusan Melayu sedang meningkat naik dengan pesatnya.

Sebenarnya Hata adalah seorang yang tidak tahu bekerja, dia menjadi masalah di mana-mana juga dia bekerja, telah diturunkan pangkat dari Ketua Biro di sebuah negeri dan ditarik balik ke Kuala Lumpur dan pernah menimbulkan berbagai masalah di tempat-tempat dia pernah bekerja.

Manusia begini memang mahu menjadi ketua untuk menutup kelemahannya dan juga untuk menggunakan manusia lain bagi mengancam majikannya kerana tidak mempunyai kekuatan sendiri.

Kit Siang menyokong manusia ini dengan membabi buta oleh kerana bau najis yang dibuang oleh Hata di tempatnya bekerja wangi dan harum kepada Kit Siang tetapi bukan kesukaan umum malah dalam Utusan Melayu sekarang ini dia menjadi kera sumbang.

Ini berlaku terutama sekali setelah Kit Siang menunjukkan sokongan kepadanya yang tambah meyakinkan pekerja-pekerja Utusan bahawa Hata sebenarnya adalah ejen pembangkang dalam Utusan.

Seorang wartawan yang berpegang kepada profesionalisme tidak akan membuat kenyataan yang akan menyebabkan orang ramai melihat dia berada di sesuatu pihak apatah lagi seorang presiden kepada persatuan yang mendukung berbagai aliran fahaman.

Hata telah mencemarkan NUJ yang selama ini dihormati kerana profesionalisme kepimpinannya. Ahli-ahli mesti menyedari hakikat ini.

Dalam pada itu kita ingin bertanya apakah Lim Kit Siang mahu mengambil penulis Awang Selamat dari Utusan Malaysia untuk bekerja dengannya?

Sekurang kurangnya Utusan Melayu telah pun pernah mempunyai beberapa orang penyokong DAP yang bekerja dengannya.

Seorang wartawan Utusan yang telah dipecat kerana menjadi penderhaka dan pengkhianat dalam Utusan Melayu sekarang bekerja dengan DAP di Pulau Pinang

MUSHYI ABDULLAH

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment