This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Friday, July 9, 2010

Forum RMK-10 Bersama Tun Dr. Mahahthir Mohamad Part 2

Forum RMK-10 Bersama Tun Dr. Mahahthir Mohamad Part 1

Tuesday, July 6, 2010

Kendalian kes Raja Petra mengaibkan negara

Negara telah menjadi pentas sandiwara dengan berbagai laporan polis yang bertalu-talu tanpa sebarang tindakan. Kenyataan Ketua Pemuda Malaysia Khairy yang mempersoalkan kenapa pihak berkuasa tidak mendapat kerjasama dari pihak British untuk menghantar balik Raja Petra ke Malaysia dan juga jawapan Ketua Polis Negara bahawa permintaan telah dibuat kepada pihak Interpol tetapi ditolak sejak Januari lalu telah sekali lagi mengesahkan anggapan rakyat. Masakan Nazri tidak tahu, Menteri Dalam Negeri tidak tahu dan Perdana Menteri juga tidak tahu?

KOPITIAM TALK
6 Julai 2010

Cara parti,kerajaan dan juga Polis Di Raja Malaysia mengendalikan kes Raja Petra yang berjaya melarikan diri dari negara ini dan hingga saat ini bebas bersuka ria di London adalah mengaibkan kepimpinan negara yang mahu membina kredibiliti dan keyakinan rakyat dan juga negara luar terhadapnya.

Perkembangan kes ini yang setakat ini yang menggambarkan kerajaan berada di dalam keadaan buntu dan tidak akan dapat berbuat apa-apa, semakin meningkatkan lagi aura Raja Petra.

Terakhir kekebalan Raja Petra dihebatkan oleh kenyataan-kenyataan menteri dan Perdana Menteri sendiri berhubung dengan pengiriman wang haram kepadanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mendedahkan bahawa beliau mempunyai bukti ada pihak yang menghantar RM500,000 kepada Raja Petra tetapi RM 470,000 sahaja yang sampai dan tiga puluh ribu lagi lesap.

Bagi orang ramai tentunya lah kenyataan Nazri itu yang berbutir itu adalah bertanggungjawab berasaskan punca yang sah atau difikirkan juga oleh ramai bahawa sebagai Menteri tentulah beliau mendapat maklumat dari Polis.

Bagaimanapun kenyataan Ketua Polis Negara untuk menyiasat perkara itu telah menimbulkan keraguan orang ramai sama ada Nazri membuat kenyataan yang bersifat politik atau benar-benar untuk kepentingan awam dan negara.

Atau orang ramai memikirkan bahawa Nazri lebih cekap dari polis kerana polis baru di peringkat hendak menjalankan siasatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib pula membuat kenyataan bahawa terserah kepada pihak polis untuk menentukan tindakan yang sewajarnya terhadap pengendali laman web Malaysia Today itu.

Semua ini menambahkan keyakinan rakyat bahawa apa yang berlaku di masa lalu akan berulang lagi sama seperti sekian banyak laporan polis yang telah dibuat iaitu kerajaan hanya sengaja membuat heboh tetapi tidak akan menjalankan tindakan dan tidak boleh mengambil tindakan.

Negara telah menjadi pentas sandiwara dengan berbagai laporan polis yang bertalu-talu tanpa sebarang tindakan.

Kenyataan Ketua Pemuda Malaysia Khairy yang mempersoalkan kenapa pihak berkuasa tidak mendapat kerjasama dari pihak British untuk menghantar balik Raja Petra ke Malaysia dan juga jawapan Ketua Polis Negara bahawa permintaan telah dibuat kepada pihak Interpol tetapi ditolak sejak Januari lalu telah sekali lagi mengesahkan anggapan rakyat.

Masakan Nazri tidak tahu, Menteri Dalam Negeri tidak tahu dan Perdana Menteri juga tidak tahu?

Jika sekiranya kesulitan ini telah diketahui dari awal dan tentunya di ketahui oleh Nazri dan juga Menteri Dalam Negeri apa perlu dibuat kenyataan yang boleh memberikan harapan kepada rakyat tetapi tidak akan dapat ditunaikan keuntungan politik yang didapati selain dari menyerlahkan lagi kelemahan kerajaan.

Perdana Menteri atau pihak polis mungkin tidak sensitif terhadap penilaian rakyat dalam perkara ini tetapi bagi rakyat semua ini semakin memperkukuhkan anggapan dan persepsi mereka bahawa kepimpinan tidak bijak menguruskan maklumat supaya tidak menikam diri sendiri dan tidak menjatuhkan maruah negara.

MUSHYI ABDULLAH

Monday, July 5, 2010

Syabas kerajaan negeri Pulau Pinang

Apa yang dilakukan oleh kerajaan Pulau Pinang di bawah kerajaan Pakatan Rakyat dengan Ketua Menterinya dari DAP yang berorientasikan PAP adalah mencontohi apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew di awal pembangunan Singapura dalam membawa negara itu ke arah kemajuan pesat. Di Singapura, orang Melayu di Geylang Serai dan juga di Kampong Gelam juga mulanya tidak mahu berpindah, mempertahan Istana Kg Gelam yang tidak beraja dan cuba memainkan sentimen Melayu walaupun sebenarnya yang menguasai mereka ialah keturunan Arab yang kaya yang mahu kekal mengutip sewa rumah mereka dari penyewa Melayu.

.
KOPITIAM TALK
5 Julai 2010

Tahniah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng yang berani bertegas terhadap gerai haram Melayu dan juga penduduk Melayu yang mahu mempertahankan kedudukan mereka di kawasan-kawasan yang perlu dimajukan sesuai dengan kemajuan persekitaran Pulau Pinang.

Kerajaan Barisan Nasional dahulu tidak berani bertindak terhadap mereka sehingga membantut pembangunan yang perlu dijalankan segera tetapi mereka tidak pun berterima kasih. Sebabnya mereka mahu duduk dalam keadaan lama yang mereka rasakan selesa kerana telah jadi kebiasaan dan kesedapan walaupun pada pandangan umum amat menjijikkan dan menjejaskan imej Pulau Pinang.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan Pulau Pinang di bawah kerajaan Pakatan Rakyat dengan Ketua Menterinya dari DAP yang berorientasikan PAP adalah mencontohi apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew di awal pembangunan Singapura dalam membawa negara itu ke arah kemajuan pesat.

Di Singapura, orang Melayu di Geylang Serai dan juga di Kampong Gelam juga mulanya tidak mahu berpindah, mempertahan Istana Kg Gelam yang tidak beraja dan cuba memainkan sentimen Melayu walaupun sebenarnya yang menguasai mereka ialah keturunan Arab yang kaya yang mahu kekal mengutip sewa rumah mereka dari penyewa Melayu.

Tindakan tegas kerajaan PAP Singapura telah berjaya menggantikan Istana buruk dan rumah-rumah buruk di Kg Gelam dengan pembangunan pusat pelancongan, pembangunan rumah Melayu yang indah dan Pusat Warisan Melayu yang teratur dan bersih yang sekarang menjadi tumpuan pelancong dan memudahkan orang Melayu untuk menggunakan sebuah rumah berdewan besar bagi mengadakan kenduri kendara. Demikian juga di Geylang Serai terdapat Kompleks Gerai yang teratur dan moden di samping pasar .yang bersih.

Orang Melayu sendiri telah mendapat faedah dari pembangunan ini dalam suasana moden yang sesuai dengan Singapura sebagai sebuah negara maju dan bukan seperti Kampung Baharu Kuala Lumpur yang menyakitkan mata dan menjatuhkan maruah orang Melayu dan kerajaan pimpinan Melayu.

Kampung Baharu telah bekali kali gagal untuk dimajukan kerana sikap penduduknya sendiri yang sukar untuk menerima realiti, tidak rasional dan dalam beberapa hal bermain politik atau menjadi alat politik. Yang terbaru ialah hendak turut dalam merancang pelan pembangunannya. Sikap ini adalah melampaui batas,bodoh sombong dan tidak mengukur diri sendiri.

Tidak ada jalan lain bagi kerajaan-kerajaan negeri yang lain dan juga kerajaan Persekutuan jika hendak memajukan negara dengan pesat dan pantas yang melibatkan orang-orang Melayu sendiri kecuali berani berkeras,tegas dan tidak terlalu mengharapkan balasan politik.

Tindakan Kerajaan Pulau Pinang terhadap orang Melayu Pulau Pinang yang sememangnya kaki gaduh,tidak rasional dan tidak tahu mengenang budi adalah suatu tindakan yang berani mengambil risiko politik tetapi hasilnya kelak akan memberi faedah dan sokongan kepada rakyat dan kerajaan sendiri. Ia tidak akan dapat dilihat dalam sekelip mata.


MUSHYI ABDULLAH


Thursday, July 1, 2010

UMNO sedang seronok sendiri di Selangor

Nampaknya BN negeri Selangor khususnya parti komponennya UMNO sedang seronok sendiri dengan perkembangan negatif yang sedang berlaku dalam PKR dan juga kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.Tindakan penyingkiran Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dari jawatan Pengerusi PKR dan pengambilalihannya oleh Azmin menjadi bahan utama kepada pemimpin-pemimpin UMNO sekarang ini. Dalam keseronokan ini nampaknya mereka seolah olah tidak tahu bahawa pendekatan kerajaan negeri Selangor dengan rakyat menerusi pembaikan perkhidmatan akar umbi dalam perkara-perkara yang selama ini menjadi sungutan rakyat telah mendapat perhatian segera.

KOPITIAM TALK
1 Julai 2010


Nampaknya BN negeri Selangor khususnya parti komponennya UMNO sedang seronok sendiri dengan perkembangan negatif yang sedang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat dan juga kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Tindakan penyingkiran Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dari jawatan Pengerusi PKR dan pengambilalihannya oleh Azmin menjadi bahan utama kepada pemimpin-pemimpin UMNO sekarang ini.

Dalam keseronokan ini nampaknya mereka seolah olah tidak tahu bahawa pendekatan kerajaan negeri Selangor dengan rakyat menerusi pembaikan perkhidmatan akar umbi dalam perkara-perkara yang selama ini menjadi sungutan rakyat seperti perparitan tersekat,sampah tak dipungut,jalan rosak dan sebagainya telah mendapat perhatian segera.

Hal ini berbanding dengan sikap majlis-majlis tempatan di bawah kerajaan negeri Selangor dahulu yang tidak melihat keperluan kepada kecepatan bertindak untuk menunjukkan keprihatinan kerajaan.
Akhbar Ther Star dalam bahagian Metronya baru-baru ini telah menyiarkan kegembiraan rakyat di bawah beberapa Majlis Kerajaan Tempatan Selangor kerana mereka dapat menikmati perubahan sikap itu.

Selain dari itu urusan kerajaan negeri dengan rakyat dan para profesional seperti arkitek,pemaju dan kontraktor perumahan berkaitan dengan kelulusan pelan dan hal-hal yang berkaitan dengan pembinaan termasuk yang melibatkan urusan individu juga telah dipercepatkan dan cakap-cakap bahawa pengurusan dalam hal ini lebih baik dari dahulu telah mulai terdengar.

Suatu contoh dalam mempromosikan imej perkhidmatan kerajaan negeri , akhbar The Star 1 Julai 2010 menyiarkan tentang Majlis Bandaraya Shah Alam mengadakan majlis Pertemuan Dengan Pengguna pada Jumaat pertama di setiap bulan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai membuat bayaran , memeriksa taksiran cukai dan juga membuat pengaduan. Sebuah kaunter khas disediakan untuk menjawab semua pertanyaan pengguna.

UMNO seronok bermain dengan politik kepincangan PKR negeri,mengambil kesempatan untuk menunjukkan kelemahan mereka bersengketa supaya rakyat kembali kepada BN atau UMNO tanpa menyedari bahawa usaha pembaikan perkhidmatan rakyat yang dijalankan oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri yang akan mempengaruhi rakyat dan memantapkan lagi kedudukan ADUN-ADUN PKR di Selangor.

Rakyat lebih mudah diyakinkan oleh performance kerajaan negeri di bawah pimpinan Khalid Ibrahim dari kritikan politik untuk memperkecilkannya perkhidmatan kepada rakyat akan dapat menutop kelemahannya dalam politik. Beliau mempraktikkan rakyat didahulukan dan bukannya politik diutamakan.

Memburukkan lagi keadaan ialah mereka yang menujukan diri untuk mendedahkan kelemahan kerajaan PKR Selangor adalah pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak lagi dapat diterima oleh rakyat, yang mempunyai rekod kurang bersih malah di antara mereka ialah orang yang telah menukarkan wajah dan telah menghadiahkan penyapu kepada pegawai kerajaan. Pemimpin seumpama ini patutlah ditutup mulut mereka kerana akan menambah luka di hati rakyat dan menghilangkan kepercayaan rakyat. Biarlah pemimpin yang berkredibiliti bersuara.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib mestilah sanggup melihat kelemahan diri dalam UMNO dan BN Selangor dan tidak ikut dalam keseronokan terbang di awan tanpa berpijak kepada realiti sebenar di akar umbi yang memerlukan pengurusan dan penyelesaian yang berani dan tegas dan bukannya turut terikut mempromosikan keyakinan yang palsu.

MUSHYI ABDULLAH