Thursday, July 1, 2010

UMNO sedang seronok sendiri di Selangor

Nampaknya BN negeri Selangor khususnya parti komponennya UMNO sedang seronok sendiri dengan perkembangan negatif yang sedang berlaku dalam PKR dan juga kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.Tindakan penyingkiran Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dari jawatan Pengerusi PKR dan pengambilalihannya oleh Azmin menjadi bahan utama kepada pemimpin-pemimpin UMNO sekarang ini. Dalam keseronokan ini nampaknya mereka seolah olah tidak tahu bahawa pendekatan kerajaan negeri Selangor dengan rakyat menerusi pembaikan perkhidmatan akar umbi dalam perkara-perkara yang selama ini menjadi sungutan rakyat telah mendapat perhatian segera.

KOPITIAM TALK
1 Julai 2010


Nampaknya BN negeri Selangor khususnya parti komponennya UMNO sedang seronok sendiri dengan perkembangan negatif yang sedang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat dan juga kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Tindakan penyingkiran Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dari jawatan Pengerusi PKR dan pengambilalihannya oleh Azmin menjadi bahan utama kepada pemimpin-pemimpin UMNO sekarang ini.

Dalam keseronokan ini nampaknya mereka seolah olah tidak tahu bahawa pendekatan kerajaan negeri Selangor dengan rakyat menerusi pembaikan perkhidmatan akar umbi dalam perkara-perkara yang selama ini menjadi sungutan rakyat seperti perparitan tersekat,sampah tak dipungut,jalan rosak dan sebagainya telah mendapat perhatian segera.

Hal ini berbanding dengan sikap majlis-majlis tempatan di bawah kerajaan negeri Selangor dahulu yang tidak melihat keperluan kepada kecepatan bertindak untuk menunjukkan keprihatinan kerajaan.
Akhbar Ther Star dalam bahagian Metronya baru-baru ini telah menyiarkan kegembiraan rakyat di bawah beberapa Majlis Kerajaan Tempatan Selangor kerana mereka dapat menikmati perubahan sikap itu.

Selain dari itu urusan kerajaan negeri dengan rakyat dan para profesional seperti arkitek,pemaju dan kontraktor perumahan berkaitan dengan kelulusan pelan dan hal-hal yang berkaitan dengan pembinaan termasuk yang melibatkan urusan individu juga telah dipercepatkan dan cakap-cakap bahawa pengurusan dalam hal ini lebih baik dari dahulu telah mulai terdengar.

Suatu contoh dalam mempromosikan imej perkhidmatan kerajaan negeri , akhbar The Star 1 Julai 2010 menyiarkan tentang Majlis Bandaraya Shah Alam mengadakan majlis Pertemuan Dengan Pengguna pada Jumaat pertama di setiap bulan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai membuat bayaran , memeriksa taksiran cukai dan juga membuat pengaduan. Sebuah kaunter khas disediakan untuk menjawab semua pertanyaan pengguna.

UMNO seronok bermain dengan politik kepincangan PKR negeri,mengambil kesempatan untuk menunjukkan kelemahan mereka bersengketa supaya rakyat kembali kepada BN atau UMNO tanpa menyedari bahawa usaha pembaikan perkhidmatan rakyat yang dijalankan oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri yang akan mempengaruhi rakyat dan memantapkan lagi kedudukan ADUN-ADUN PKR di Selangor.

Rakyat lebih mudah diyakinkan oleh performance kerajaan negeri di bawah pimpinan Khalid Ibrahim dari kritikan politik untuk memperkecilkannya perkhidmatan kepada rakyat akan dapat menutop kelemahannya dalam politik. Beliau mempraktikkan rakyat didahulukan dan bukannya politik diutamakan.

Memburukkan lagi keadaan ialah mereka yang menujukan diri untuk mendedahkan kelemahan kerajaan PKR Selangor adalah pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak lagi dapat diterima oleh rakyat, yang mempunyai rekod kurang bersih malah di antara mereka ialah orang yang telah menukarkan wajah dan telah menghadiahkan penyapu kepada pegawai kerajaan. Pemimpin seumpama ini patutlah ditutup mulut mereka kerana akan menambah luka di hati rakyat dan menghilangkan kepercayaan rakyat. Biarlah pemimpin yang berkredibiliti bersuara.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib mestilah sanggup melihat kelemahan diri dalam UMNO dan BN Selangor dan tidak ikut dalam keseronokan terbang di awan tanpa berpijak kepada realiti sebenar di akar umbi yang memerlukan pengurusan dan penyelesaian yang berani dan tegas dan bukannya turut terikut mempromosikan keyakinan yang palsu.

MUSHYI ABDULLAH

Related Posts:

  • UMNO VS PERKASA: A MATTER OF INTERPRETATIONFiery and unabashed, Ibrahim said he would not care what others thought of Perkasa so long as the organization did not stray from its objectives which were to champion and struggle for the Malays, Islam and country. “Until to… Read More
  • UMNO sedang seronok sendiri di SelangorNampaknya BN negeri Selangor khususnya parti komponennya UMNO sedang seronok sendiri dengan perkembangan negatif yang sedang berlaku dalam PKR dan juga kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.Tindakan penyingkiran Menteri Besar Sela… Read More
  • Its from Rafidah, but it makes senseSenior Umno politician Tan Sri Rafidah Aziz has voiced concerns that the current generation of rebellious and outspoken young Malaysians will be a stumbling block to the country’s aim of becoming a developed nation under Tun … Read More
  • Tangan ghaib mana menghalang operasi menyita oleh MBPJ?KUALA LUMPUR (Malaysiaaktif) – Ini bukan isu agama atau isu diskriminasi, tetapi mengenai prosedur dan undang-undang. Sejak timbul ura-ura semalam kononnya penguat kuasa Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) akan berkunju… Read More
  • Kahwin Pas DAP ala Indonesia.Pendekatan Pas untuk menegakan negara Islam akan menjauhkan bukan Islam darinya dan perkahwinan antara Pas dan DAP sekarang ini adalah lebih liberal dari perkahwinan UMNO dengan lain lain parti komponennya .Perkahwinan P… Read More

0 comments:

Post a Comment