KUALA LUMPUR (Malaysiaaktif) – Ini bukan isu agama atau isu diskriminasi, tetapi mengenai prosedur dan undang-undang.
Sejak timbul ura-ura semalam kononnya penguat kuasa Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) akan berkunjung ke Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Seksyen 13, Petaling Jaya untuk menyitar premises berkenaan, agak ramai di kalangan blogger bertanya sama ada benar begitu atau apakah tindakan tersebut dilenyapkan ekoran campur tangan kerajaan negeri?
Ekoran ura-ura tersebut Malaysiaktif telah meninjau kawasan berkenaan beberapa jam dan mendapati tiada sebarang operasi dijalankan.
Berpandukan apa yang dinyatakan Timbalan Datuk Bandar MBPJ Puasa Md Taib, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan menyita premis DUMC. Beliau turut menafikan sebarang arahan daripada kerajaan negeri.
Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MBPJ, Puan Nurul Ain Abdul Rahman berkata berlaku salah guna permohonan yang diberikan oleh pihak pentadbiran apabila DUMC membina gereja dan bukannya Pusat Komuniti.
Taklimat awal mengenai tindakan sita kepada pasukan penguat kuasa telah diadakan pagi kelmarin .
Jika MBPJ telah pun bersedia untuk mengambil tindakan mengapa pula tiba-tiba ia lenyap begitu saja?
Sebelum ini Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim keterlanjuran apabila terus memohon maaf kepada pihak DUMC berikutan kunjungan pasukan penyiasatan JAIS dan polis ke satu majlis di situ walaupun siasatan masih belum disiapkan.
Justeru, apabila isu tersebut meledak, antara yang paling lantang mempertahankan DUMC, termasuk Ahli Parlimen Siputeh Teresa Kok.
Dalam pos blognya yang di ceduk daripada laporan wartawan Malaysian Insider Boo Su-Lynn, beliau antara lain mengecam MCA dengan dakwaaan kononnya MCA terus berdiam diri walaupun UMNO telah melakukan macam-macam ke atas masyarakat bukan Melayu.
Friday, August 12, 2011
Home »
Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC)
,
Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ)
,
MCA
,
UMNO
» Tangan ghaib mana menghalang operasi menyita oleh MBPJ?
Tangan ghaib mana menghalang operasi menyita oleh MBPJ?
3:29 PM
Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), MCA, UMNO
No comments
Related Posts:
Its from Rafidah, but it makes senseSenior Umno politician Tan Sri Rafidah Aziz has voiced concerns that the current generation of rebellious and outspoken young Malaysians will be a stumbling block to the country’s aim of becoming a developed nation under Tun … Read More
Tangan ghaib mana menghalang operasi menyita oleh MBPJ?KUALA LUMPUR (Malaysiaaktif) – Ini bukan isu agama atau isu diskriminasi, tetapi mengenai prosedur dan undang-undang. Sejak timbul ura-ura semalam kononnya penguat kuasa Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) akan berkunju… Read More
Kahwin Pas DAP ala Indonesia.Pendekatan Pas untuk menegakan negara Islam akan menjauhkan bukan Islam darinya dan perkahwinan antara Pas dan DAP sekarang ini adalah lebih liberal dari perkahwinan UMNO dengan lain lain parti komponennya .Perkahwinan P… Read More
UMNO sedang seronok sendiri di SelangorNampaknya BN negeri Selangor khususnya parti komponennya UMNO sedang seronok sendiri dengan perkembangan negatif yang sedang berlaku dalam PKR dan juga kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.Tindakan penyingkiran Menteri Besar Sela… Read More
UMNO VS PERKASA: A MATTER OF INTERPRETATIONFiery and unabashed, Ibrahim said he would not care what others thought of Perkasa so long as the organization did not stray from its objectives which were to champion and struggle for the Malays, Islam and country. “Until to… Read More
0 comments:
Post a Comment