Wednesday, August 10, 2011

Tidak Diduga, London Turut Digugat Rusuhan




Sesuatu yang tidak diduga berlaku sekali lagi selepas rusuhan kaum di Brixton, London beberapa dekad lalu.

Hari ini beberapa bahagian Bandaraya London termasuk sekurang-kurangnya tiga buah bandar raya lain menyambut kedinginan pagi dengan bahang panas kebakaran dan kemusnahan ekoran rusuhan yang tercetus malam sebelumnya.



Antara insiden paling serius dilaporkan, tiga orang ditangkap kerana disyaki cuba membunuh seorang anggota polis di North London awal pagi tadi, sementara kenderaan-kenderaan perisai digunakan bagi menahan kemaraan gerombolan sekurang-kurangnya 150 orang perusuh di sekitar Lavender Hill di Clapham, South London.

Keadaan tidak menampakkan keredaan sewaktu laporan ini difailkan oleh pemerhati, dengan anggota polis dan bomba bertungkus lumus mengawal keadaan apabila pejabat-pejabat diserang, kedai di pecah masuk dan berpuluh bangunan dibakar.

Kenyataan terbaru yang dikeluarkan Timbalan Pesuruhjaya Scotland Yard Stephen Kavenagh berkata lebih ramai pasukan polis akan dikejarkan ke lokasi-lokasi kejadian sekitar London malam ini, termasuk semua anggota polis Metropolitan.

Keganasan tercetus kelmarin di kawasan Hackney sejurus selepas pukul 4.00 petang apabila segerombolan anak muda mula melontar objek ke arah pegawai-pegawai polis dan membakar tong sampah dan kereta-kereta berhampiran. Perusuh yang menunggang basikal BMX itu dan dikatakan bersenjatakan belantan menyerang sebuah bas yang penuh sesak dengan penumpang pada waktu orang ramai sedang menuju pulang dari tempat kerja.

Dalam hanya beberapa jam selepas itu rusuhan merebak ke kawasan Lewisham, Peckham, Detford dan Croydon di tenggara London.

Akhbar Daily Mail melaporkan beratus kebakaran berlaku di sekitar bandaraya London, dari kawasan Camden di utara, Woolwich di timur dan Ealing di bahagian barat.

Setakat ini polis mengesahkan sekurang-kurangnya 450 orang ditangkap sejak dua malam lalu.

Sementara itu, kerajaan British mengumumkan tidak akan membawa masuk tentera atau menggunakan meriam air. Setiausaha Negara British Theresa May dilaporkan memberitahu BBC, “cara polis menangani keadaan ialah dengan persetujuan.”

Apa yang dimaksudkan beliau, “…pendekatan yang diambil polis British bermakna pasukan tersebut sentiasa bergantung kepada kerjasama serta sokongan masyarakat setempat…dan itulah yang diperlukan sekarang.”

Bagaimana pun, Stephen Kavenagh yang juga Ketua Polis Metropolitan pula tidak menafikan kemungkinan tentera dibawa masuk bagi mengawal keadaan.

Kekacauan turut dilaporkan berlaku di bandar-bandar kecil termasuk Medway di Kent, Chatham, Rainham, Gillingham, Nottingham, antara lain.

Pagi tadi Perdana Menteri David Cameron bergegas pulang dari bercuti di Itali untuk mempengerusikan mesyuarat tergempar cobra yang merupakan pengaktifan jawatankuasa perancangan kecemasan. Pemimpin Parti Buruh Ed Milliband juga menamatkan cutinya di Devon untuk membantu menangani keadaan.

Rusuhan tercetus apabila polis menembak mati seorang lelaki yang dikenali sebagai Mark Duggan selepas dia dipercayai melepaskan tembakan ke arah polis di North London.

Related Posts:

  • Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan Meninggal Dunia TUMPAT, 4 Sept -- Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ariffin Said meninggal dunia akibat kanser pankreas tahap empat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini pukul 3.45 pagi Jumaat.Beliau berusia 76 tahun.Me… Read More
  • PAS tumbang di Galas Oleh Sofi Rahman/Zulbahrin Shaari Gua Musang 4 Nov (Malaysiaaktif) – Calon Barisan Nasional, Abdul Aziz Yusof menang di dalam pilihanraya kecil DUN Galas. Abdul Aziz menewaskan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad dengan maj… Read More
  • KU LI DELIVERS GALAS TO BN WITH BIGGER MAJORITY !-- /* Font Definitions */ @font-face {font-family:"Cambria Math"; panose-1:2 4 5 3 5 4 6 3 2 4; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:roman; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:-1610611985 1107304683 … Read More
  • UMNO VS PERKASA: A MATTER OF INTERPRETATIONFiery and unabashed, Ibrahim said he would not care what others thought of Perkasa so long as the organization did not stray from its objectives which were to champion and struggle for the Malays, Islam and country. “Until to… Read More
  • Langsung dari Pusat Penjumlahan Undi DUN Galas Oleh: Sofi Rahman/ZulBahrin Shaari Gua Musang 4 Okt (Malaysiaaktif) – Ketika ini (langsung 2.15 petang) dua peti undi masing-masing dari daerah mengundi Balar dan Belatin telah tiba ke pusat penjumlahan rasmi undi di… Read More

0 comments:

Post a Comment