Negara kita dikuasai oleh gangster. Tanyalah kedai kedai mamak, mini market , gerai-gerai dan kedai-kedai perniagaan di kawasan Sri Kembangan, Subang Jaya, Puchong dan lain-lain terutama di mana tidak ramai orang Melayu, siapa yang menguasai mereka? Polis atau Gangster?
Kedai-kedai mamak membayar antara RM 300 hingga RM 600 sebulan kepada kumpulan ini. Jika mamak membuat laporan polis maka gangster akan tahu dan akan mengancam mereka malah polis sendiri takut untuk mengambil tindakan sebaliknya menasihati mamak “ bayarlah , mereka pun cari makan juga”
KOPITIAM TALK
1 Jun 2010

Ini bukan cerita karut tetapi cerita benar yang boleh diketahui oleh orang biasa jika rajin bercakap dengan mamak. Mustahil Ketua Polis Negara tidak tahu. Jika KPN tidak tahu ertinya beliau tidak cekap dan tidak mempunyai mekanisme yang canggih untuk memantau kerja orang di bawahnya.
Polis pun sekarang cari jalan mudah kerana takut ke mahkamah, takut diancam oleh peguam-peguam yang susah cari makan yang menjadikan polis sebagai sasaran. Ada peguam yang tidak ada kerja setiap hari membaca akhbar untuk mencari kes-kes yang boleh di bela. Suatu masa nanti tidak mustahil, peguam akan berkongsi dengan gangster atau jadi kepala gangster.
Peguam-peguam bukan Islam tidak takut di atas dosa kerana mereka percaya boleh membela diri mereka di akhirat malah mereka telah pun menempah Karpal Singh untuk menjadi peguam mereka.
Hakim-hakim juga tidak boleh dipercayai semunya. Mereka takut dengan Anwar Ibrahim dan Karpal Singh. Kes orang biasa merogol dan sebagainya dibicarakan secara terbuka tetapi bila sampai pada kes Anwar Ibrahim main belakang ditutup pula di hadapan; di bicara in camera.
Jika dikaji selidik,kita akan hilang kepercayaan kepada semua,hilang kepercayaan kepada pihak yang berkuasa tetapi sebelum kita membuat konklusi mudah ini maka mari kita lihat apa polis boleh buat untuk hapuskan gangster di Sri Kembangan, Puchong dan Subang Jaya. Jangan-jangan ramai polis yang juga hidup di atas kutip tol dari gangster lepas gangster kutip dari mamak.
Jika tidak ada apa-apa tindakan diambil di kawasan-kawasan tersebut setelah maklumat ini diberikan maka nyatalah bahawa polis sendiri turut menerima rasuah dan Ketua Polis Negara sewajarnya letak jawatan.
Ini bukan perkara kecil. Ia melibatkan imej polis.
MUSHYI ABDULLAH
Wednesday, June 2, 2010
Home »
» Antara Gangster, Polis, Peguam dan Hakim
Antara Gangster, Polis, Peguam dan Hakim
11:37 AM
No comments
Related Posts:
Forum RMK-10 Bersama Tun Dr. Mahahthir Mohamad Part 1… Read More
Forum RMK-10 Kita Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad Part 7… Read More
Pembohongan akhbar The Star.Akhbar Star melaporkan pada hari Khamis bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat mencatatkan sejarah dengan mengemukakan rang undang-undang Kebebasan Informasi 2010 di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri untuk memperkuatkan lagi ha… Read More
Forum RMK-10 Kita Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad Part 8… Read More
Forum RMK-10 Bersama Tun Dr. Mahahthir Mohamad Part 6… Read More
0 comments:
Post a Comment