Friday, June 4, 2010

Orang Indonesia diberikan layanan istimewa.

Akhir- akhir ini sering kali telah ditimbulkan bahawa kerajaan lebih memudahkan kepada orang Indonesia untuk mendapatkan dokumen bagi menetap di Malaysia sedangkan orang Malaysia sendiri ( kaum Cina) menghadapi banyak masalah untuk mendapat layanan yang sama. Perkara ini telah dibangkitkan oleh Pemimpin MCA Datuk Seri Dr.Fong Chan Onn dan secara kolektif menerusi penulisan wartawan-wartawan akhbar the Star dari masa ke masa. Tulisan Ketua Pengarang Wong Chun Wai dalam On The Beat setiap hari minggu sering menimbulkan perkara ini dan dikoordinasi dengan seorang penulis kolumnya yang terkemuka Joseline Tan. Mereka tidak menunjukkan secara terang terangan isu ini tetapi sambil lalu dalam tulisan mereka.,tidak seperti cara akhbar akhbar Melayu memperjuangkan isu Melayu tanpa berselindung, penuh emosi dan menampakkan perkauman.

KOPITIAM TALK
4 Jun 2010


Akhir- akhir ini sering kali telah ditimbulkan bahawa kerajaan lebih memudahkan kepada orang Indonesia untuk mendapatkan dokumen bagi menetap di Malaysia sedangkan orang Malaysia sendiri ( kaum Cina) menghadapi banyak masalah untuk mendapat layanan yang sama.

Perkara ini telah dibangkitkan oleh Pemimpin MCA Datuk Seri Dr.Fong Chan Onn dan secara kolektif menerusi penulisan wartawan-wartawan akhbar the Star dari masa ke masa. Tulisan Ketua Pengarang Wong Chun Wai dalam On The Beat setiap hari minggu sering menimbulkan perkara ini dan dikoordinasi dengan seorang penulis kolumnya yang terkemuka Joseline Tan.

Mereka tidak menunjukkan secara terang terangan isu ini tetapi sambil lalu dalam tulisan mereka.,tidak seperti cara akhbar akhbar Melayu memperjuangkan isu Melayu tanpa berselindung, penuh emosi dan menampakkan perkauman.

Cara Wong menimbulkan perkara ini seolah-olah benar sekalipun tidak ada sesiapa yang mengesahkannya sebaliknya lebih berasaskan kepada persepsi di kalangan masyarakat Cina sendiri.

Datuk Seri Fong Chan Onn baru-baru ini berkata sesetengah orang Malaysia mahu tahu kenapa nampaknya banyak orang Indonesia lebih mudah mendapat dokumen untuk menetap dari rakyat Malaysia sendiri.

Sewajarnya Bekas Menteri dari MCA itu memikirkan bahawa membangkitkan isu ini dengan sewenang wenang tidak membantu untuk meyakinkan masyarakat Cina terhadap kerajaan BN yang juga didukung oleh MCA sebaliknya menebalkan lagi sikap prejudis orang Cina terhadap kerajaan.

Beliau sepatutnya mengalu-alukan langkah kerajaan untuk menyelesaikan masalah kedudukan orang Cina yang tidak mempunyai dokumen sebagai rakyat.

Menimbulkan isu seumpama ini untuk mencari sokongan dari masyarakat Cina bukanlah suatu langkah yang bijak sebaliknya akan mendalamkan lagi perasaan curiga orang Cina terhadap UMNO yang telah pun disemai dan dipupuk oleh DAP.

Sungguh malang kita mempunyai Menteri Dalam Negeri yang tidak berpengalaman yang tidak dapat memahami permainan isu perkauman secara halus oleh musuh dalam selimut.

Anasir-anasir ini yang berselindung di dalam akhbar The Star menjadikan bahasa Inggeris sebagai perisai kepada isu-isu cauvinisme mereka dengan menggambarkannya sebagai bersifat nasional dan universal.

Adalah tidak bijak bagi Menteri-Menteri Melayu sendiri untuk menjawab semua isu sensitif yang melibatkan bukan Melayu sebaliknya wajar dibuat oleh menteri bukan Melayu supaya ia tidak menampakkan perkauman dan menggambarkan tanggungjawab bersama.

Jika MCA juga mahu hidup di atas isu-isu DAP, maka lebih baik MCA bergabung dengan DAP kerana MCA tidak akan berkesan dengan meniru perjuangan DAP.

MUSHYI ABDULLAH

Related Posts:

  • Orang Indonesia diberikan layanan istimewa.Akhir- akhir ini sering kali telah ditimbulkan bahawa kerajaan lebih memudahkan kepada orang Indonesia untuk mendapatkan dokumen bagi menetap di Malaysia sedangkan orang Malaysia sendiri ( kaum Cina) menghadapi banyak masalah… Read More
  • DEB perlu, tetapi fokas semulaEkonomi negara menjulang sepanjang pelaksanaan DEB. Berdasarkan ini maka tanggapan kononnya DEB menyekat perkembangan ekonomi tidak timbul sama sekali.Apa yang berlaku sekarang ekonomi kita menghadapi halangan dan pelbagai ke… Read More

0 comments:

Post a Comment