Monday, June 7, 2010

Kuasa tidak bermakna tanpa kawalan



Baron Acton yang lebih di kenali sebagai Lord Acton, Professor Sejarah Moden di Universiti Cambridge pernah berkata, "Power tends to corrupt, and absolutely power corrupts absolutely..." ("Kuasa itu memabukkan, dan kuasa mutlak memabukkan secara mutlak", atau setidak-tidaknya agak begitulah maksud kata-kata pakar sejarah British hampir seratus tahun dulu.

Agak senada dengan itu, lebih dekat lagi, di kalangan ahli sukan lasak 'parkour' terbit pula ungkapan "Power is nothing without control"...kuasa tidak memberi makna tanpa kawalan.

Justeru, daripada falsafah di sebalik kedua-dua ungkapan tersebut jelas memberi peringatan sekiranya seseorang memegang teras kuasa, dia perlu lebih berhati-hati kerana cubaannya amat dasyat...

Dalam konteks ini begitulah hasilnya ekoran pendedahan skandal pasir di negeri Selangor yang menjadi pekung ketara kepada kredibiliti kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat.

Ia amat memalukan, dan sekali gus, tanpa perlu dikeruhkan lagi oleh pihak-pihak yang menentang kuasa campuran di negeri itu, pekung tersebut pecah menghemburkan najis kepada semua yang berada di sisi.

Dalam usaha kononnya untuk mendaulatkan proses ketelusan dan integriti, MB Khalid Ibrahim menyerahkan kepada pihak SELCAT menentukan segala-galanya...lantaran hasilnya dalam masa begitu singkat memihak kepada kelakuan buruk dan hodoh mereka sendiri, hingga sanggup mengenepikan apa yang ketara di mata orang ramai - RASUAH dan PENYALAHGUNAAN KUASA di negeri Selangor.

Related Posts:

  • UMNO sedang seronok sendiri di SelangorNampaknya BN negeri Selangor khususnya parti komponennya UMNO sedang seronok sendiri dengan perkembangan negatif yang sedang berlaku dalam PKR dan juga kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.Tindakan penyingkiran Menteri Besar Sela… Read More
  • Kuasa tidak bermakna tanpa kawalanBaron Acton yang lebih di kenali sebagai Lord Acton, Professor Sejarah Moden di Universiti Cambridge pernah berkata, "Power tends to corrupt, and absolutely power corrupts absolutely..." ("Kuasa itu memabukkan, dan kuasa mutl… Read More

0 comments:

Post a Comment