Monday, June 7, 2010

Petronas mahu malukan Najib.

KOPITIAM TALK - 7 Jun 2010

Tidak salah untuk Petronas mempromosikan iklan berbagai bahasa Primax 95 menerusi televisyen tetapi yang salahnya ialah menggunakannya waktu berita nasional Buletin Utama TV jam 8 malam.

Iklan itu yang didahului oleh lain-lain bahasa sebelum bahasa Melayu telah di bantah oleh Senator Firdaus Abdullah di dalam Dewan Negara dan juga GAPENA dan bukanlah mustahil perkara ini akan ditimbulkan oleh ahli-ahli UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO kelak.

Sehingga ini Petronas tidak menghiraukan bantahan dan belum menarik balik iklan itu tanpa memikirkan akibatnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Mereka tidak memikirkan jika hal ini ditimbulkan kelak dalam Persidangan Agung UMNO atau lain-lain saluran yang boleh menjejaskan nama baik dan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Petronas mungkin menggagap bantahan ini kecil dan remeh dan datang dari golongan cauvinis atau nasionalis Melayu yang sempit fikiran mereka tetapi suatu pihak lagi melihat Petronas sebagai tidak langsung menghayati inspirasi nasional, dasar teras negara dan tidak sensitif terhadap perasaan rakyat.

Ataupun Petronas telah silap mentafsirkan 1Malaysia.

Bagaimanapun soal yang paling pokok ialah apakah perlunya iklan berbagai bahasa disiarkan pada Buletin Utama yang ditonton oleh semua orang yang memahami Bahasa Malaysia. Tidak ada orang atau bukan Melayu yang tidak faham bahasa Malaysia akan menonton Buletin Utama yang menggunakan sepenuhnya Bahasa Malaysia.

Apa logik yang dipakai oleh Petronas dalam pendekatan ini kecuali menampakkan adanya anasir-anasir anti nasional dalam Petronas.

Apakah tujuan Petronas berbuat demikian kecuali bertujuan untuk mensabotaj dasar-dasar nasional. yang ditegakkan oleh rakyat sebagai asas kemerdekaan dan perpaduan negara. Hal ini mendedahkan peneraju utama Petronas tidak turut mendukung dasar nasional.

Orang ramai tidak marah jika Iklan berbagai bahasa Primax 95 itu disiarkan dalam waktu Berita Tamil atau Cina tetapi bukan pada waktu di mana semua kaum bersama untuk mengikuti bahasa yang sama-sama memahaminya.

Tidak mustahil hal ini berlaku oleh kerana Petronas telah pun mengambil seorang pemimpin Parti Rakyat untuk mengetuai bahagian komunikasi syarikat minyak nasional itu. Khabarnya dia telah dibuang setelah Petronas diberitahu bahawa orang ini telah menjalankan kerja-kerja kotor.

Ini adalah suatu kesilapan besar Petronas di bawah pimpinan barunya yang tidak seharusnya dipandang ringan dan memerlukan pengawasan yang terus menerus.

MUSHYI ABDULLAH

Related Posts:

  • Petronas mahu malukan Najib.KOPITIAM TALK - 7 Jun 2010Tidak salah untuk Petronas mempromosikan iklan berbagai bahasa Primax 95 menerusi televisyen tetapi yang salahnya ialah menggunakannya waktu berita nasional Buletin Utama TV jam 8 malam.Iklan itu ya… Read More

0 comments:

Post a Comment