Friday, July 16, 2010

Pembohongan akhbar The Star.

Akhbar Star melaporkan pada hari Khamis bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat mencatatkan sejarah dengan mengemukakan rang undang-undang Kebebasan Informasi 2010 di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri untuk memperkuatkan lagi hak rakyat bagi mendapatkan maklumat. Adalah jelas akhbar The Star menjadi propaganda kerajaan Pakatan Rakyat dan menjalankan agenda DAP sehingga sanggup mengelirukan rakyat atau membohongi rakyat apabila menyebutkan hal ini sebagai suatu sejarah.
Apakah ini sejarah atau pembohongan sejarah?

KOPITIAM TALK
16 Julai 2010

Akhbar Star melaporkan pada hari Khamis bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat mencatatkan sejarah dengan mengemukakan rang undang-undang Kebebasan Informasi 2010 di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri untuk memperkuatkan lagi hak rakyat bagi mendapatkan maklumat.

Adalah jelas akhbar The Star menjadi propaganda kerajaan Pakatan Rakyat dan menjalankan agenda DAP sehingga sanggup mengelirukan rakyat atau membohongi rakyat apabila menyebutkan hal ini sebagai suatu sejarah.

Apakah ini sejarah atau pembohongan sejarah?

Semua orang tahu, wartawan tahu, setiap akhbar tahu, Kesatuan Kebangsaan Wartawan-Wartawan Malaysia (NUJ) pun tahu bahawa kerajaan negeri Selangor telah mengadakan sekatan kepada akhbar kumpulan Utusan Melayu untuk meliputi berita di Pejabat Menteri Besar.

Kerajaan Negeri Selangor memulaukan Utusan , tidak menjemput Wartawan Utusan Malaysia ke majlis majlisnya malah tidak membenarkan kemasukan wartawan Utusan ke Pejabat Menteri Besar Selangor, bersifat pilih kasih dan mengutamakan akhbar-akhbar berbahasa Cina.

Sikap prejudis, perkauman dan berat sebelah akhbar The Star ternyata apabila ia tidak menyiarkan berita NUJ membuat bantahan terhadap sekatan yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat terhadap wartawan Utusan tetapi silap sedikit sahaja kerajaan Persekutuan terhadap wartawan akan di besar besarkannya.


Suatu hasutan besar yang dilakukan oleh akhbar ini ialah bila menyiarkan berita dakwaan Pakar Patologi Thailand Dr. Pornthip Rojanasunand mengatakan kematian Setiausaha Politik Exco Negeri Selangor, Beng Teoh adalah kerana dibunuh. Ini bukanlah kenyataan dalam mahkamah tetapi di luar mahkamah. Kemudian dihebohkannya pula kenyataan Dr ini tidak mahu datang ke Malaysia kerana keselamatannya tidak akan terjamin.
Dakwaan ini tekah dibesar-besarkan oleh The Star di muka satunya, telah dijadikan tajuk utama.

Apa yang dilakukan oleh The Star adalah untuk membantu menaikkan imej kerajaan Negeri Selangor,untuk menunjukkan ketidakadilan kerajaan Persekutuan terhadap media berbanding dengan kerajaan negeri Selangor dan untuk menimbulkan perasaan buruk sangka rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Akhbar The Star adalah kepunyaan MCA. Apakah ini dilakukannya atas kehendak MCA?

MUSHYI ABDULLAH

Related Posts:

  • PAS STEPS ON FRIENDS TOES WITH THE NEW WINGZainal AhmadJune 15, 2010KOTA BARU: Things do not look rosy for Pakatan Rakyat (PR) in the next general election as PAS, one of the three parties in the loose alliance has officially opens its doors to non-Muslims. Establishi… Read More
  • Kuasa tidak bermakna tanpa kawalanBaron Acton yang lebih di kenali sebagai Lord Acton, Professor Sejarah Moden di Universiti Cambridge pernah berkata, "Power tends to corrupt, and absolutely power corrupts absolutely..." ("Kuasa itu memabukkan, dan kuasa mutl… Read More
  • Pembohongan akhbar The Star.Akhbar Star melaporkan pada hari Khamis bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat mencatatkan sejarah dengan mengemukakan rang undang-undang Kebebasan Informasi 2010 di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri untuk memperkuatkan lagi ha… Read More
  • PAS STEPS ON FRIENDS TOES WITH THE NEW WINGZainal AhmadJune 15, 2010KOTA BARU: Things do not look rosy for Pakatan Rakyat (PR) in the next general election as PAS, one of the three parties in the loose alliance has officially opens its doors to non-Muslims. Establishi… Read More

0 comments:

Post a Comment